December 15, 2010

why?

okay aku akan cuba jadikan entri ni sepanjang mungkin. sampai orang pun malas nak baca. kenapa? sebab memang aku taknak orang baca keseluruhannya, walaupun aku pos entri ni membolehkan orang untuk membacanya. tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk jadikan mukaddimah entri ni sepanjang mungkin. haaaa, takdelah seberapa panjang sebab aku pun dah kehilangan skil menaip entri-entri yang lawak macam masa aku mula mula buat blog dulu. apa apa pun. aku sebenarnya cuma nak cakap aku sedih sangat harini. boleh kata hari ni hari yang paling sedih untuk semester dua ni. sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan kehidupan aku sebagai seorang pelajar asasi kat Universiti Malaya ni. aku bukan nak bangga belajar kat Universiti Malaya ni, cuma mencuba untuk panjangkan entri ni. HAHA okay okayy, aku sedih gila kenapa orang sekeliling tak boleh nak cuba hargai sesuatu yang Allah kurniakan pada mereka. aku tak kata mereka tak bersyukur, aku cuma kata mereka tidak menghargai. emmm, apa aku cakap ni? tak ada kena mengena dan tidak berlaku pun. HAHAHA rasanya korang yang cuba jugak sedaya upaya baca entri ni boleh tekan butang pangkah pada penjuru kanan sekarang. Boleh tak? ke nak teruskan membaca juga? emm, ikut suka lahhh :) pagi pagi tadi lagi aku aku dah rasa macam nak marah orang, menangis aku dibuatnya. menahan air mata yang nak keluar ni. tapi masa lecture chemistry tadi aku dah tak boleh tahan, menangis jugak kat dalam dewan kuliah tadi. emmmm, aku rasa aku ni macam tak guna je. aku nak nasihatkan orang pun malu. sebab orang tu walaupun malas macam mana, dia tetap berada di atas aku. tak kira lah berapa sikit bezanya pun. dia mesti kat atas aku. jadi, kalau aku nak nasihat pun aku rasa tak berbaloi. :( siapalah aku ni kan. hmmm, bila orang tanya mana dia, aku tak mampu nak jawab selain tak tahu. kau boleh bayang tak masa aku menaip ni aku tengah menangis? okay lupakan. aku dah lap air mata aku. tapi selsema ni mengantoikan aku tengah menangis :( okay berbalik kepada cerita. aku rasa aku tak cukup kuat untuk cakap sendiri depan dia. patut kah aku teruskan taip kat sini? aku rasa macam aku memalukan dia pulak. tak payah laaa. biarkan saje ia berlalu. aku cukup yakin, dia dah cukup matang untuk berfikir dan membuat keputusan. aku rasa aku tak perlulah menyibuk hal dia. semua keputusan dia mesti telah difikirkan sebaiknya sebelum dia melakukannya. lagi pula, dia bijak. tak seperti aku. kalau tak belajar betul betul mesti aku tak cemerlang. tengoklah sekarang macam apa je aku rasa. result aku ni mesti tak bagus. :( walaupun tak dapat lagi. emmm, tambah pula dengan masalah bunga bunga. kenapalah buat aku macam tu? aku pulak macam bengap sangat percaya seratus peratus apa dia cakap. aku macam dah tau itu memang style dia, tapi entah lah. aku buat tak tahu je. patotlah haritu dia macam tak kesah je. pegi mati lah kau. okayyy ayat mula kasar. nak teruskan ke tak nak? terus! teruskan! okay teruskan! ehh, aku sakit hati tau tak? bengang gila gila gila dengan kau. okay mungkin ini semua tidak disengajakan. setengah orang fikir macam lawak pun ada. tak ada apa yang serius pun. kan? tapi bagi aku benda ni tak serius cuma agak menyakitkan hati aku yang sejak pagi tadi dah sakit. kau pulak tambah tambah menyakitkan hati aku. semakin sakit semakin serius kan? jadi serius lah benda ni. betul tak? aku nak mencarut tak sampai hati. istighfar banyak banyak timm. sabar sabar sabar. kan arif? awak dah banyak bersabar dalam banyak perkara. tapi kenapa saya tak boleh? saya tahu sebenarnya saya boleh. :) kawal diri tu okay. sabar sabar sabar. :)

3 comments: