
duluuu
kini dan selamanya
*ayah saya, hensem dan pemalu HAHA*
HAPPY BIRTHDAY AYAH!
WE LOVE YOUUUU!
harini 15 julai, hari jadi ayah :) comel betul ayah aku masuk 48 tahun ni. hihi! rambut diaaaaaa ohsemm betul HAHA akibat banyak berfikir. ayah aku hebat tau. elehhh semua orang kata ayah dia hebat kan. tapi ni betul betul punya hebat :D
aku sayang sangat dekat ayah. dia tak pernah komplen kalau aku masak tak sedap. dia makan je aku masak untuk dia. walaupun haritu, aku terlupa letak garam. tawar je kot, dia tak kata apepon. sampailah aku sendiri yang rasa and modified balik. kerja dia gelakkan aku je la HAHA *alaaa shweetnyewww :P
ayah tak pernah menunjukkan kekerasan kat kitorang. sampai ibu beli rotan, sebab kitorang nakal sangat. tapi ayah pergi buang rotan tu. lepastu minggu depannya ibu beli lagi rotan baru, kali ni ayah buang jugak HAHAHA kelakarr betul :) sayang ayah :D
aku kagum dengan ayah masa dia dalam keadaan yang begitu sukar dan bagi aku terlalu kejam untuk dia. tapi alhamdulillah, iman ayah kuat :) tak lah jadi gila macam Dato' Jalaluddin Hassan selalu lakonkan masa dia bankrup. kesabaran ayah pun cukup tinggi. sampai ayah tak ambil tindakan undang-undang langsung dekat orang tu :')
aku jeles gila dengan adik lelaki aku dua orang tu. sebab diorang lahir selepas kejadian ni jadi. dorang ada banyak masa dengan ayah. nampak sangat ayah sayang diorang lebih HAHAHA dengki nyeeee :P mana tak dengki, tiap kali masa breakfast, ayah buatkan diorang milo. aku yang tengah breakfast semeja ni pun tak dapat tau. ayah kata dah besar, pergi buat sendiri. cis!
ayah sangat sangat memahami ibu aku tu. aku kadang kadang sakit hati jugak bila tengok ayah aku sabar je dengan ibu HAHAHA aku tahu ayah sayang kat ibu, sebab tu dia buat macam tu. hihi! tapi tulahh. kadang kadang berlaku ketidakadilan. apa boleh buattt. tapi ayah tak pernah mengeluh :D
aku bangga dengan ayah aku. HAHA! korang pun kan? :)
No comments:
Post a Comment