January 6, 2012

Terlepas pandang

Tika hijau tagged tiitewww. Hehe

The Rules.
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.


11 things about me:

1. Aku nak kurus! HAHA Aku dah pernah berjaya, sebab join feseni. Tapi tak berkekalan sebab lepastu dah tak exercise dah. Sekarang, aku maintain tembam tembam je. sobs

2. Aku suka sangat sangat aiskrim vanilla. Kiranya aku tak suka sangat aiskrim coklat. Kek coklat ke ape ape coklat, aku layan ala kadar je. Tapi coklat aku makan. Pandai pandai lah kau nak faham :P

3. Aku suka makan HAHA susah nak tolak kalau ada orang nak sumbat makanan dalam mulut aku. Tapi kalau ada nak sumbat daging khinzir tu, aku tolak la kan. Cuba rasional sikittttt

4. Aku suka jam tangan! Tak kesah la bulat ke, empat segi ke, tiga segi ke. Tapi tak suka jam digital. Membuatkan otak menjadi lembab.

5. Aku suka naik basikal lebih daripada jalan kaki. Naik kereta daripada naik motor. Tapi malas nak bawak kereta. Sebab bila dah dapat pegang stereng, aku tak reti duduk diam.

6. Aku dah tak tertekan pun dengan panggilan gemuk, tembam, boyot ke apa. HAHA selalu sangat dengar sampai dah tak kesah. Kadang kadang iyekan aje. hehe bukan gemok gedempol pun. Alah, aku tau, tu ayat nak ngorat en? HAHAHAHHAHA

7. Aku tahu posisi bila orang nak ambil gambar aku bagi nampak kurus! kahkahkahkah! kau tau?

8. Aku suka memasak. Baking. hehe sebab tu one day, aku nak bukak kedai kek/roti/pastri. Sedapnyaaaaaaa!!

9. Aku cepat berubah mood. Kadang kadang okay, kadang kadang mcam taik sikit. Sampai buat orang rasa nak lempang aku laju laju. Tapi aku best. cehhh! HAHA aku rasa, aku mampu buat orang gelak dan gembira bila dengan aku. Kalau kau tak rasa, nasib kau laa. HAHAH

10. Aku manja. hihihihihiihi okay tak. Aku sangat menghargai nilai persahabatan. kihkihkih :P Tapi kalau dah tipu tu, sampai bila bila tak percaya dah. Aku menyampah dengan orang yang talam dua muka.

11. Aku pendengar yang baik, tapi aku bukan penyelesai masalah. Semua orang kena tahu nak selesaikan masalah. Aku hanya mampu menyokong sahaja. hehehehe.


Aku ni takdelah bagus sangat nak cerita semua pasal aku. Kadang kadang apa yang aku rasa, tak sama dengan apa yang orang pandang. Itu maknanya kau tak kenal aku! Blah sekarang! HAHAHHA


Okay, jawab soalan tika pulak.

1) Suka makan apa?
Suka makan ayam!

2) Kau panggil aku apa?
Tika hijau

3) Lipas, cicak, ulat..mana yang kau lagi takut?
Aku benci cicak!

4) Kereta idaman kau?
Kereta kuda dengan kuda gagah warna putih!

5) Jika kau diberi peluang untuk melancong, kau nak melancong negara mana, dengan siapa?
Aku nak pergi German. Sorang sorang pun bolehh.

6) Kopi atau teh, mana yang menjadi pilihan?
Teh

7) Bila kau start buat blog?
2008

8) Satu tabiat buruk kau...?
Bangun lambat

9) Hobi kau ketika kebosanan..
Makan

10) Suka memasak?
Suka sangat sangat!

11) Masakan kau yang paling terror dan pernah hidang/jual untuk orang lain?
Macam macam lah dah hidang. Jual je belum lagi. Asam pedas gwa memang terbaikkkk :P


Okay selesai.
Who follows the rule? Go die! HAHAHA
Okay tak, saya malas. hihihihi
Babai :)

No comments: