August 2, 2012

Cucur badak awesome!

Assalamualaikum!

Seperti yang dijanjikan saya yang comel akan berkongsi resepi cucur badak pula. Hihihihi. Resepi ni ibu yang bagitahu, sebab dulu masa kecik kecik, ibu tolong nenek jual kuih. Sekarang barulah tahu, dulu masa tolong nenek buat kuih tak tahu la pulak. Hmm, banyak betul cerita yang tak lagi diceritakan. Nenek pun dah takde. Tsk tsk T.T Paling ingat, masa hari terakhir dia tu, nenek nak sangat makan Nasi Kerabu. Dah beli dah, tapi tak sempat makan. Semoga roh nenek ditempatkan bersama roh orang orang yang beriman :)

Okay, jom mula!

Bahan-bahan untuk Kulit luar yang Gebu dan rangup Ngap Ngap!
3-4 biji Ubi keledek putih
1 cawan Tepung gandum
Garam secukup rasa

1. Rebus ubi keledek sehingga empuk kemudian asingkan daripada air rebusan.
2. Tumbuk lumat/lenyekkan semasa ubi masih panas bersama sedikit garam.
3. Tunggu ubi sejuk dalam 20 minit
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli (Jangan masukkan air)
5. Letak tepi jom buat inti!

Untuk buat kulit cucur badak ni sama je macam nak buat kuih keria! Jangan letak tepung berlebihan nanti jadi keras pula.

Bahan bahan untuk Inti:
1/2 biji Kelapa parut (ditumbuk manja manja) HAHAHAHA
1 cawan Udang kering (ditumbuk)
2 ulas Bawang kecil (ditumbuk)
2 ulas Bawang putih (ditumbuk)
3 batang Serai (dihiris, ditumbuk)
Cili kisar
Kunyit
Garam
Gula

Bahan bahan di atas gunalah mengikut sebanyak mana yang sesuai.
1. Masukkan semua bahan yang ditumbuk kedalam kuali. Goreng tanpa minyak.
2. Masukkan cili kisar 1 sudu. Ikut la nak pedas mana
3.Masukkan sedikit kunyit, garam, sedikit gula.
4.Goreng sehingga kering

Bentukkan doh seperti mangkuk, masukkan inti kemudian shape up! Pandai pandai ler, benda basic. HAHAHA :P

Gambar nanti saya upload. Tapi kat tumblr dah ada. Hihi

*update
Haa gambar ni jela yang paling okay, yang lainn urghhhhhhh!!!



Salam.

No comments: