Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone!
Here is another recipe which you awesome people can try on this hari raya! Maybe on your open house event. It is simple yet tasty delicious!
Bahan bahan yang digunakan untuk buat hidangan ini adalah sangat mudah didapati dan mungkin memang ada dah kat rumah uolllzz! HAHA Okay, let's start..
Macaroni
Marjerin / butter
Daging cincang
Puri tomato
Sos tomato
Lobak merah (potong dadu)
Saderi (potong dadu)
Cendawan butang (hiris bagi comel)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Keju Mozarella
Telur
Garam
Lada hitam, serbuk oregano
Bahan bahan di atas adalah mengikut sukatan yang korang suka. Pandai pandai lah yee :)
1. Rebus macaroni sehingga kembang kemudian toskan dan gaulkan dengan marjerin / butter. Letak tepi.
2. Tumis bebawang dalam periuk sehingga naik bau harumnya, masukkan daging cincang. Gaul sehingga daging masak.
3. Masukkan saderi, lobak merah dan cendawan.
4. Campurkan puri tomato dan sos tomato ke dalam periuk.
5. Masukkan garam, serbuk lada hitam, oregano atau apa apa sahaja seasoning yang korang rasa akan menambahkan lagi rasa bendalah ni hihi
6. Agak agak cam kering sikit masukkan macaroni tadi dan gaul rata. Masukkan dalam acuan.
7. Pukul telur kemudian ratakan diatas macaroni ituuuu.
8. Taburkan keju mozarella di segenap permukaan acuan. hikhikhik
9. Bakar dalam ketuhar 200 celcius selama 20-25 minit yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Kalau korang rasa cam takde acuan kat rumah, guna je bekas porcelain mak uollzz. Hihihi. Tu pun, aku rembat mak aku punya vantage. Takkan nak biar je jadi hiasan kan. HAHA
Saya suka atas dia macam tu sebab crispy dan more cheesy :) Boleh je kalau nak keluarkan right after ze cheese had completely melting.
Selamat mencuba!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
I HAVE ACTUALLY IMPROVISED AND ADD ADDITIONAL INGREDIENTS TO SUIT MALAYSIAN TASTES! Hihihihihihi
Macaroni
Marjerin / butter
Daging cincang
Puri tomato
Sos cili
Cili Boh / Kisar (4-5 sudu besar)
Lobak merah (potong dadu)
Saderi (potong dadu)
Cendawan butang (hiris bagi comel)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Keju Mozarella
Telur
Garam
Lada hitam, serbuk oregano
1. Rebus macaroni sehingga kembang kemudian toskan dan gaulkan dengan marjerin / butter. Letak tepi.
2. Tumis bebawang dalam periuk sehingga naik bau harumnya.
3. Masukkan cili kisar dan garam secukup rasa. Tumis sehingga cili masak.
4. Masukkan daging cincang. Gaul sehingga daging masak.
5. Masukkan saderi, lobak merah dan cendawan.
6. Campurkan puri tomato dan sos cili ke dalam periuk.
7. Masukkan serbuk lada hitam, oregano atau apa apa sahaja seasoning yang korang rasa akan menambahkan lagi rasa bendalah ni hihi
8. Agak agak cam kering sikit masukkan macaroni tadi dan gaul rata.
9. Pukul telur kemudian masukkan kedalam adunan dan gaul rata. Masukkan dalam acuan.
10. Taburkan keju mozarella di segenap permukaan acuan. hikhikhik
-Boleh juga diselang selikan antara keju mozarella dan adunan tadi.
11. Bakar dalam ketuhar 200 celcius selama 20-25 minit yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Salam.
xoxo
No comments:
Post a Comment